Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualikum....

Aku kat sini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua follower atau sesiapa yang menyinggah Blog aku nhe....

Ramadhan tahun alhamdulillah aku lepak kat umah. Boleh lah makan dengan keluarga. Huhuhuh So Selamat berpuasa kepada semua. Peace!

Tuesday, August 18, 2009

Temuduga !!

Hahaha Finally aku abis gak temuduga semalam. Alhamdullilah lah semua berjalan dengan lancar. Bertempat kat wisma persekutuan JB dan jawatannya adalah juruteknik komputer ft 17. huhu Dengan sokongan kawan2 aku ringan kan lah hati aku nak pergi walaupun aku rasa cam malas sebab cam tak dapat jek ( yek lah mana taknya, dalam taun nhe dah 2 kali aku pergi)huhuhu.

So dengan kemalasaan aku nhe aku saja jek pergi lelambat. Hahah sampai opis intebiu tuh dalam kul 9.30 am. Pegh ramai gak orang kalau ku tau aku pergi pukul 2 ke 3 mesti dah tak ramai orang. So lepas daftar aku pun duduk lah nan bebudak yang sama tunggu intebiu tuh. Sorang demi sorang keluar dari bilik intebiu tuh. Sempat gak lah aku borak ngan sorang budak dari bandar tenggara nhe. Last2 sampai gak turn aku. Pegh berderau gak lah darah aku walaupun masuk nhe dah 4 kali aku intebiu SPA nhe.

So lepas masuk aku bagi semua sijil dan salinannya kat pegawai dua orang tuh. Sorang lelaki dan seorang pompuan. So diorang suh kenal kan diri. aku pun bla bla bla. Then yang penemuduga pompuan tuh pun soal aku, "Apa Beza AP(Access Point) dan Bridge". Pegh gile kejap aku nak menjawap nye, soalan killer nak mampus. Actually aku tak lah expert sangat wifi nhe, so aku pun cakap Acces point kena sambung dengan kabel UTP untuk digunakan manakala bridge x payah sambung pun takpa, just konfigure untuk dijadikan bridge (aku dapat idea nak jawap nhe sebab aku teringatkan projek panjang). Kejap lagi yang sipenemuduga pompuan tuh pun terangkan lah yang AP nhe pakai kat pejabat jek, kalo bridge pakai kat kawasan lingkungan besar. Damn aku dah bajet dah memang jawapan aku salah nhe. Pegh risau gak aku. pastu second question is about pc maintenance. Yang nhe senang jek aku jawab x susah pung, hahahaa.

So lepas si yang pompuang nhe abis soal, dia bagi yang lelaki tuh pulak. Dia tanya aku plak apa kelab yang aku masuk kat ILP dulu, Kelab Muzik Moden nhe buat masa kat ILP dulu. Aku pun cakap yang kelab nie kira macam kelab kugiran lah, ada instrumen macam guitar, guitar bass, drum. So terus die tanya aku, aku main instrumen apa, aku cakap jek aku drummer. Pastu diorang ketawa cakap "wah awak dah boleh ganti Yazid nhe, Drummer Search". Pegh aku hanya mampu bersenyum jek lah,Aku layan jek lah korang berdua nhe. Dan last sekali si lelaki nhe tanya pasal nama menteri pulak. Pegh aku nhe dah lah noob pasal nama menteri nhe. So soalan yang ditanya ialah siapakan nama Menteri Penerangan dan Menteri Pertahanan. Uish nasib baik aku ingat nama beliau, Ini kira luck aku jugak lah, Datuk Dr Rais Yatim, Dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, huhuuhu. So lepas abis tuh jek diorang cakap ok intebiu dah tamat dan terima kasih kerana datang. Pegh Terima Kasih jek? penat tuh aku datang, At least bagi lah semangat ke cakap yang aku nhe konpem dapat ke. hahahhahah

So kesimpulan nye, ntah aku dapat ntah tak kerja nhe. Untuk kerja dengan kerajaan sangat susah sekarang nhe. huhuh apa yang aku mampu berdoa je lah. So sesiapa nak intebiu Goverment nhe korang stenbai jek lah nama menteri ngan isu2 semasa. huhuhu itu ikut pengalaman aku yang dah pergi sebanyak 4 kali nhe. Dan lagi satu tips pemakaian dan cara temuduga (Ini dari Mohd Hafif (panjang A) Thanks A lot panjang, Ko buat aku terasa macam pelakon korea semalam) iaitu berpakaian kemas dan pakaian mesti ada tema dark dan light (contoh baju cerah, seluar gelap, tie gelap, kasut gelap), Jawab soalan pandang mata si penemuduga, Dada kena buka, Tangan gerak2 sikit dan jawab dengan kreatif dan betul. Hhahaha Thanks kengkawan yang support .....Peace!


(sory tak sempat nak capture gambar. Aku malas! hahaha)

Wednesday, August 12, 2009

Resident Evil Benchmark version

Xde ape aku nak update blog aku nhe...xpe lah aku update jek lah benda nhe...

Download Resident Evil 5 benchmark version untuk PC...uhhuhu



Year: 2009
Genre: Action / Adventure
Developer: Capcom
Publisher: Capcom
Platform: PC
Type of publication: license
Language: English + Russian

Test computer's performance under a Resident Evil 5. Cerebrospinal contagion sweeping the Spanish village, is now plagued the inhabitants of African villages, where, strangely enough, is the Europeans and Asians. Monsters again spit mouths, tentacles, waving a giant worm on the ground and clipping twopenny emit a spirit of habitual gurgling brown bubbles...

Recommended system requirements:
Processor: Intel Core2Duo 2.0GHz or higher
Operating System: Microsoft Windows XP / Vista
Memory: 2 GB
Video card: 512 MB

http://http.download.nvidia.com/downloads/nZone/demos/nzd_ResidentEvil5_Benchmark.exe

Result untuk pc aku...