Tuesday, September 22, 2009

Coretan Raya Tahun Ini !!!

Assalamualaikum semua..Lama betul aku tak apdet blog nhe. Haha baru nhe lah aku sempat mengapdet nye. Huhuh. Bukan bz ape pun cuma malas jek. Lelagi raya nhe. Pening!!

Raya tahun nhe aku agak kureng skit lah. Bukan aku tak posa ke apew, tapi entah lah, memang tak best lah. Maybe peristiwa² yang berlaku time bulan puasa nhe kot buat aku tak semangat nak raya.

First Ramadhan, Aku kehilangan seorang sahabat yang aku sayang dan kagumi, Allahyarham Mohd Fahmi Bin Nordin. First aku dapat berita nie aku memang tak boleh terima, Benda nie memang buat aku sedih, sebelum arwah pergi, aku sempat sembang panjang kat ym, memang tak sangka tuh adalah perbualan kami yang terakhir. Dan ada hikmah nye bile aku dapat habiskan masa 3 bulan duduk sebilik dengan dia kat ADTEC dan aku memang bersyukur sangat dapat sebilik dengan dia. Ini kali pertama aku rasa bila seseorang yang aku rapat pergi, dah takde lagi orang nak bercerita pasal games, final fantasy, kingdom hearts, awek² jepun dengan aku lagi. Memang sangat sedih masa ni, sampai skang nhe aku memang rindukan dia. Moga Arwah ditempat kan dikalangan orang yang beriman, Al-fatihah.


"rindu betul aku time nhe, Al-fatihah"

Dan salah satu sebab raya aku kureng pada tahun nhe adalah gagal temuduga SPA. Pegh benda nhe memang buat aku takde mood. Dah dua kali dalam tahun nhe tapi tak dapat gak. Maybe takde rezeki kot. Ntah lah, pening aku takde kerja nhe. Bila takde kerja nhe banyak lah aktiviti tak berpekdah terjadi (contoh salah satu post yang aku publish tuh). Bila lah nak kerja nhe. Duet ade tapi agak kureng lah.

Bila aku balik beraya tahun nhe melihat semua sudah berubah. Sepupu² aku sumer dah bekerja dan bekereta, bila lah turn aku nhe. Nasib baik lah diorang paham yang aku nhe baru 3 bulan grad. Tengok pakcik aku yang bongsu bawak balik binik baru (hahaha). Ini adalah kali pertama aku beraya dengan tak beli baju raya, kasut raya dan semua barang raya. haha miskin sungguh.

Oleh itu dengan ini aku ucap kan kat korang,


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin


pst..Raya jangan datang rumah aku, rumah aku jauh, nak masuk kena buat rakit, lawan rimau ngan gajah, kena redah paya selut, Korang sanggup!!!


Monday, September 14, 2009

Kegiatan kurang pekdah di bulan posa!

Pada hari sabtu rituh aku g jamming ngan budak2 junior adtec.

Takde pojek lagi pun so aku pun pegi lah. Lagi pun diorang baru pas kuar loan, pegh ape lagi mintak diorang payung lah. Line-up baru nhe pun tinggal baper kerat jek.

Yang tinggal hanyalah panjang Kimpal, Paiz, Budak sabah (aku tak ingat nama dia) ngan aku jek. Line-up asal sumer nye dah takde dan balik ke negeri masing2.

Ini pun aku rasa adalah minggu last aku jamming ngan diorang sebab diorang dah mula ojt dah lepas raya. Lagi lah sedih....huhuh xpe sini adalah sedikit video yang sempat aku edit...Layan.....



Cover From Candy-Akan Ku Tunggu



Metallica-Enter Sandman



Gun n Roses - Sweet Child Omine


Sorry lah..xde camera man jadik camera letak jek kat atas amp. cuma nampak 3 orang jek lah. Panjang kimpal tidak dapat dilihat. Seriously i miss yall guys, miss kat sumer sumer orang yang jayakan band Bell-a-can nhe. Harap akan ada masa yang boleh kita ditemukan semula. PEACE!!

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assalamualikum....

Aku kat sini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua follower atau sesiapa yang menyinggah Blog aku nhe....

Ramadhan tahun alhamdulillah aku lepak kat umah. Boleh lah makan dengan keluarga. Huhuhuh So Selamat berpuasa kepada semua. Peace!

Tuesday, August 18, 2009

Temuduga !!

Hahaha Finally aku abis gak temuduga semalam. Alhamdullilah lah semua berjalan dengan lancar. Bertempat kat wisma persekutuan JB dan jawatannya adalah juruteknik komputer ft 17. huhu Dengan sokongan kawan2 aku ringan kan lah hati aku nak pergi walaupun aku rasa cam malas sebab cam tak dapat jek ( yek lah mana taknya, dalam taun nhe dah 2 kali aku pergi)huhuhu.

So dengan kemalasaan aku nhe aku saja jek pergi lelambat. Hahah sampai opis intebiu tuh dalam kul 9.30 am. Pegh ramai gak orang kalau ku tau aku pergi pukul 2 ke 3 mesti dah tak ramai orang. So lepas daftar aku pun duduk lah nan bebudak yang sama tunggu intebiu tuh. Sorang demi sorang keluar dari bilik intebiu tuh. Sempat gak lah aku borak ngan sorang budak dari bandar tenggara nhe. Last2 sampai gak turn aku. Pegh berderau gak lah darah aku walaupun masuk nhe dah 4 kali aku intebiu SPA nhe.

So lepas masuk aku bagi semua sijil dan salinannya kat pegawai dua orang tuh. Sorang lelaki dan seorang pompuan. So diorang suh kenal kan diri. aku pun bla bla bla. Then yang penemuduga pompuan tuh pun soal aku, "Apa Beza AP(Access Point) dan Bridge". Pegh gile kejap aku nak menjawap nye, soalan killer nak mampus. Actually aku tak lah expert sangat wifi nhe, so aku pun cakap Acces point kena sambung dengan kabel UTP untuk digunakan manakala bridge x payah sambung pun takpa, just konfigure untuk dijadikan bridge (aku dapat idea nak jawap nhe sebab aku teringatkan projek panjang). Kejap lagi yang sipenemuduga pompuan tuh pun terangkan lah yang AP nhe pakai kat pejabat jek, kalo bridge pakai kat kawasan lingkungan besar. Damn aku dah bajet dah memang jawapan aku salah nhe. Pegh risau gak aku. pastu second question is about pc maintenance. Yang nhe senang jek aku jawab x susah pung, hahahaa.

So lepas si yang pompuang nhe abis soal, dia bagi yang lelaki tuh pulak. Dia tanya aku plak apa kelab yang aku masuk kat ILP dulu, Kelab Muzik Moden nhe buat masa kat ILP dulu. Aku pun cakap yang kelab nie kira macam kelab kugiran lah, ada instrumen macam guitar, guitar bass, drum. So terus die tanya aku, aku main instrumen apa, aku cakap jek aku drummer. Pastu diorang ketawa cakap "wah awak dah boleh ganti Yazid nhe, Drummer Search". Pegh aku hanya mampu bersenyum jek lah,Aku layan jek lah korang berdua nhe. Dan last sekali si lelaki nhe tanya pasal nama menteri pulak. Pegh aku nhe dah lah noob pasal nama menteri nhe. So soalan yang ditanya ialah siapakan nama Menteri Penerangan dan Menteri Pertahanan. Uish nasib baik aku ingat nama beliau, Ini kira luck aku jugak lah, Datuk Dr Rais Yatim, Dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, huhuuhu. So lepas abis tuh jek diorang cakap ok intebiu dah tamat dan terima kasih kerana datang. Pegh Terima Kasih jek? penat tuh aku datang, At least bagi lah semangat ke cakap yang aku nhe konpem dapat ke. hahahhahah

So kesimpulan nye, ntah aku dapat ntah tak kerja nhe. Untuk kerja dengan kerajaan sangat susah sekarang nhe. huhuh apa yang aku mampu berdoa je lah. So sesiapa nak intebiu Goverment nhe korang stenbai jek lah nama menteri ngan isu2 semasa. huhuhu itu ikut pengalaman aku yang dah pergi sebanyak 4 kali nhe. Dan lagi satu tips pemakaian dan cara temuduga (Ini dari Mohd Hafif (panjang A) Thanks A lot panjang, Ko buat aku terasa macam pelakon korea semalam) iaitu berpakaian kemas dan pakaian mesti ada tema dark dan light (contoh baju cerah, seluar gelap, tie gelap, kasut gelap), Jawab soalan pandang mata si penemuduga, Dada kena buka, Tangan gerak2 sikit dan jawab dengan kreatif dan betul. Hhahaha Thanks kengkawan yang support .....Peace!


(sory tak sempat nak capture gambar. Aku malas! hahaha)

Wednesday, August 12, 2009

Resident Evil Benchmark version

Xde ape aku nak update blog aku nhe...xpe lah aku update jek lah benda nhe...

Download Resident Evil 5 benchmark version untuk PC...uhhuhu



Year: 2009
Genre: Action / Adventure
Developer: Capcom
Publisher: Capcom
Platform: PC
Type of publication: license
Language: English + Russian

Test computer's performance under a Resident Evil 5. Cerebrospinal contagion sweeping the Spanish village, is now plagued the inhabitants of African villages, where, strangely enough, is the Europeans and Asians. Monsters again spit mouths, tentacles, waving a giant worm on the ground and clipping twopenny emit a spirit of habitual gurgling brown bubbles...

Recommended system requirements:
Processor: Intel Core2Duo 2.0GHz or higher
Operating System: Microsoft Windows XP / Vista
Memory: 2 GB
Video card: 512 MB

http://http.download.nvidia.com/downloads/nZone/demos/nzd_ResidentEvil5_Benchmark.exe

Result untuk pc aku...

Sunday, July 12, 2009

Ahad Yang Kebosanan!!!

Erm...Aku bangun pada pukul 12 pm (he he he) dan terus mengadap pc untuk memformat nye...

Xde benda nak buat time cenggini ( time-time lain pun same) aku terus tgk enset...

ade satu mesej...Bukak mesej lah rupa nye orang tua (nanako can) msg aku jemput g abang die kawen..

memandang kan aku pun dah siap format pc...dan tak tau nak wat pe...dan tengok kereta pun takde orang pakai...

aku pun terus memasang niat tuk pergi..

Telefon member aku, lalu die pun sama keboringan lantas terus bersetuju...

So pada pukul 2.00 PM, aku mandi dan terus ku sambar kunci kereta lalu ku travel ke ....
Kampung Parit Puteri Menangis, Benut ..hahahhaha

Ini member gua (aka Driver) hahha sebab aku xde lesen...


Perjalan selama satu jam lebih..akhirnya sampai gak (jenuh gak lah nak mencarik kampung org tua nhe)

Sesampai aku kat depan umah die ...mak ai ramai nye jemputan....padahal dah pukul 3.45 gak lah aku sampai tuh....pegh nak masuk nye lah segan....elak kena penggal jek dah lah aku orang luar...

Aku Tepon nana dan terus dia panggil masuk....dan dengan tak segan silu aku terus masuk dan makan ...hahahhahah

Ini lah gambar2 yg sempat aku capture...

Gila ramai nak mapuh jemputan...

Kiri kanan Kiri...Kiri Kanan Kiri

haha Nana melayan tetamu..bajet rajin lah....sudah lah ko nana..haha

Sesudah selepas makan...erm..

Maafkan aku adib...aku x watpe cuma amek gambar jek...x amek kesempatan pun..hhuhuh


Selepas gambar diatas...aku terus balik kluang...hahah

Sampai Kluang jek terus singgah ke RAILWAY Coffee Kluang ...
Pekena Ice Coffee...sangat menyegarkan....huhuhuh

SEKIAN....

HEHEHE..

Tuesday, July 7, 2009

Kehidupan

Adui pening gile idup aku sekarang nie...

dah macam bukan manusia pun ade (memang bukan kot)...

aku rasa aku dah kena penyakit mutan lah...

sebab nye aku tdo pada pukul 12 malam dan bangun pada pukul 12 tengah hari...

bila bangun jek cam dunia nhe dah lain macam...

semua meng"ignore" aku mengata dari belakang.....

bukan salah aku nak jadi camni...

dah habit aku camnie... nak buat camne...

kang aku bertukar menjadi "Optimus Prime" karang, mesti diwajibkan untuk melindungi bumi dari "Decepticon"

aku tak boleh buat kerja tuh...

ish ish ish arghhh Pening nyew!!! somebody Help ME!!!!!!!!!

Tolong jangan tangkap saya...saya cuma nak makan jek....dan tido..hehehe

Monday, July 6, 2009

ADTEC In Memories......

Assalamualaikum..

  • Hello kat sini aku nak mengabdikan sedikit gambar yang telah diambil pada hari-hari terakhir kitorang di penjara (aka ADTEC BP).
  • Gambar nhe banyak memberi kenangan kat aku sebab kat ADTEC nhe lah tempat paling best aku belajar (sebenarnya tak hahahh sebab takde mesin basuh kat asrama aku).
  • Sedih gak nak taip nhe. huhu Anyway gudluck pada korang yang dah berjaya grad saing aku...huhuhuhuh so ini lah gambor nyew...

----------------->

First Post...

Assalamualaikum...

Hello, Aku tak tau nak tulis ape oleh kerana aku takde idea langsung.
Sebenarnya aku takde idea langsung nak tulis ape pada first post....

so this is my curriculame vitae (hahah cam nak carik kerja plak ) .


  • Nama aku daniel panggil mael( he he he). duk kat kluang,johor.
  • Sangat menyintai muzik dan sgt suka juga bermain muzik.
  • Pelajar lepasan Information Technology di ADTEC Bp (aka Penjara) Umur lahir taun 89.
  • sangat suka bermain permainan video. bercite-cite nak beli ps3 sebanyak lapan set..hahaha status sekarang adalah MAS ( Mak Ayah Support).
  • Aku sangat menghargai perempuan tau..x caya jadik awek aku..hahahha
  • Sekian terima kasih....hahahah


hahah Teruk betul gambar nhe!!!